FAIL INTERNET
Sesebuah laman sesawang yang kita lawati sebenarnya boleh disimpan sebagai sebuah fail internet untuk kegunaan pada masa akan datang. Berikut adalah langkah yang boleh diikuti untuk menyimpan sesebuah laman web sebagai fail internet.
Langkah 1
- Buka laman web yang kita inginkan kemudian tunggu sehingga laman web berjaya dimuat turun sepenuhnya.
Langkah 2
- Dalam Web Browser Google Chrome, klik "Customize and control Google Chrome" yang terdapat di bahagian kanan sudut atas. Ikon yang berikut akan muncul.
Langkah 3
- Klik "Save page as..." (seperti dalam rajah di atas) dan menu di bawah akan muncul.
Langkah 4
- Pilih lokasi penyimpanan fail dan simpan fail sama ada sebagai "Webpage,Complete" atau "Webpage, HTML Only". Pilihan "Webpage,Complete" akan menyimpan dan memuat turun semua maklumat yang terkandung di dalam sesebuah laman sesawang. Manakala, pilihan "Webpage, HTML Only" pula hanya membantu kita untuk menyimpan alamat laman sesawang tersebut.
Contoh Fail Internet
Berikut saya sertakan bersama contoh-contoh fail internet untuk rujukan semua: