Refleksi Minggu 4
Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 4, Kami diminta untuk mencari bahan mengenai sastera (prosa dan puisi). Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari bahawa unsur-unsur prosa terbahagi kepada dua iaitu prosa klasik/tradisional dan prosa moden. Prosa klasik/tradisional terdiri daripada hikayat, dongeng, dan lain – lain, manakala prosa moden pula terdiri daripada cerpen, drama, novel, dan lain – lain. Unsur-unsur puisi pula terbahagi kepada dua iaitu puisi klasik/tradisional dan puisi moden. Puisi klasik/tradisional terdiri daripada pantun, gurindam, syair, dan lain – lain, manakala puisi moden pila terdiri daripada sajak, dan lain – lain.
Selain itu, kami juga diminta untuk mencari bahan tatabahasa (tiga bahan berkaitan) bidang morfologi dan bidang sintaksis. Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari mengenai bidang – bidang yang berkaitan dengan morfologi dan sintaksis. Contohnya, dalam bidang morfologi, saya telah mempelajari mengenai konsep morfem dan kata, bentuk kata, proses pembentukan kata, dan golongan kata manakal dalam bidang sintaksis pula, saya telah mempelajari mengenai ayat, frasa, dan klausa.
Di samping itu, kami juga diminta untuk mencari bahan ilmu/bidang lain (satu bagi setiap bidang/ilmu). Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya telah dapat mempelajari mengenai bidang lain selain bahasa Melayu seperti bidang Pendidikan agama dan moral, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kesihatan, Sukan, dan Pendidikan. Contohnya, dalam bidang pendidikan agama dan moral, saya telah mempelajari mengenai nilai-nilai murni yang perlu ada dalam setiap pendidik dalam mendidik murid-murid di sekolah.