Refleksi Minggu 5
Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 5, kami diminta untuk membina dan menggunakan tapak dan laman web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya telah mempelajari serba sedikit mengenai prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, saya telah memperoleh maklumat mengenai prosedur pembinaan laman sesawang pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman sesawang bahasa Melayu.
Terdapat banyak laman sesawang yang boleh digunakan untuk membina tapak pembelajaran dan laman sesawang bahasa Melayu seperti www.weebly.com, www.yolasite.com, dan www.blogspot.com. Saya telah memilih untuk menggunakan www.weebly.com kerana mudah untuk dikendalikan oleh pengguna baharu seperti saya ini. Saya juga telah berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing iaitu Encik Firdaus Abd Salam dan rakan-rakan sekelas setiap minggu bagi memastikan perkembangan serta pembinaan tapak pembelajaran dan laman sesawang bahasa Melayu tersebut menepati kehendak soalan yang ditetapkan bagi kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105).