Refleksi Keseluruhan
Terlebih dahulu saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana telah dapat menyiapkan laman sesawang ini. Dalam usaha menyiapkan tugasan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105), pelbagai cabaran dan dugaan telah saya tempuhi. Namun begitu saya telah memperoleh pelbagai pengalaman dan input yang sangat berguna khususnya sebagai seorang bakal guru pada masa yang akan datang iaitu maklumat mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang sememangnya perlu dikuasai oleh seorang guru pada masa kini.
Sebelum saya melaksanakan tugasan ini, saya telah berusaha memahami kehendak tugasan yang diberikan dengan mendengar penerangan yang telah disampaikan oleh Encik Firdaus Abdul Salam. Saya juga telah mencari bahan-bahan maklumat yang berkaitan dengan tajuk hubungan etnik dari pelbagai sumber seperti internet dan buku. Saya telah menghadapi sedikit kesukaran semasa mencari maklumat di perpustakaan. Ini kerana bahan disediakan di situ terhad dan sudah agak lama.
Semasa proses menyiapkan tugasan ini, saya telah berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing bagi kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (BMM 3105) iaitu Encik Firdaus Abdul Salam mengenai tugasan yang diberi mengikut minggu. Selain itu, saya juga telah berkolaborasi dengan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan senior untuk memahami soalan tugasan dengan lebih baik serta mendapatkan maklumat. Hal ini, saya secara tidak langsung dilatih untuk lebih bijak menguruskan masa dan berdisiplin dalam melakukan tugasan.
Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 1, kami diminta untuk mencari maklumat mengenai alamat internet, fail internet, dan katalong internet. Berdasarkan aktiviti ini, saya telah mempelajari mengenai cara-cara untuk mencari alamat internet, fail internet, dan katalog internet yang sesuai dengan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 2, Kami diminta untuk mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet. Bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut dikategorikan mengikut tiga kemahiran berbahasa iaitu lisan, membaca dan menulis. Berdasarkan daripada aktiviti minggu 2 ini, saya dapat mempelajari tentang aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa seperti kemahiran lisan, membaca, dan menulis iaitu audio, grafik, teks dan video. Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 3, kami diminta encari dan memuat turun bahan yang mengandungi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari tentang Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan ini dirumus bagi memenuhi keperluan penggunaan, langkah-langkah perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan Internet dan e-mel yang terkawal dan perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat diwujudkan. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat seperti pencerobohan, kecurian dan pengubahsuaian data.
Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 4, Kami diminta untuk mencari bahan mengenai sastera (prosa dan puisi). Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari bahawa unsur-unsur prosa terbahagi kepada dua iaitu prosa klasik/tradisional dan prosa moden. Prosa klasik/tradisional terdiri daripada hikayat, dongeng, dan lain – lain, manakala prosa moden pula terdiri daripada cerpen, drama, novel, dan lain – lain. Unsur-unsur puisi pula terbahagi kepada dua iaitu puisi klasik/tradisional dan puisi moden. Puisi klasik/tradisional terdiri daripada pantun, gurindam, syair, dan lain – lain, manakala puisi moden pila terdiri daripada sajak, dan lain – lain. Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 5, kami diminta untuk membina dan menggunakan tapak dan laman web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya telah mempelajari serba sedikit mengenai prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, saya telah memperoleh maklumat mengenai prosedur pembinaan laman sesawang pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman sesawang bahasa Melayu.
Saya berharap agar saya serta para guru pelatih yang lain dapat mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh tentang Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) di sekolah kelak khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi, tugas guru pada masa kini bukan sebagai pendidik sahaja tetapi juga sebagai medium untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya murid-murid.