Refleksi Minggu 2
Dalam interaksi kuliah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (BMM 3105) pada minggu 2, Kami diminta untuk mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet.Bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut dikategorikan mengikut tiga kemahiran berbahasa iaitu lisan, membaca dan menulis.
Berkaitan dengan kemahiran lisan, terdapat tiga daripada empat aspek yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu audio, grafik, dan video. Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari bahawa tiga aspek tersebut iaitu audio, grafik, dan video sesuai digunakan manakala aspek bahan teks kurang sesuai digunakan dalam kemahiran lisan.
Berkaitan dengan kemahiran membaca pula, terdapat dua daripada empat aspek yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu teks, dan video. Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari bahawa dua aspek tersebut iaitu teks dan video sesuai digunakan manakala aspek audio dan grafik kurang sesuai digunakan dalam kemahiran membaca.
Berkaitan dengan kemahiran menulis pula, empat aspek tersebut iaitu teks, video, audio, dan grafik sesuai digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari bahawa keempat-empat aspek tersebut iaitu teks, video, audio, dan grafik memang sesuai digunakan dalam kemahiran menulis.
Bagi setiap kemahiran sila pilih 10 bahan audio, 10 bahan video, 10 bahan grafik, 10 bahan teks.Seterusnya, kami diminta untuk mengumpul bahan tersebut dalam fail mengikut kemahiran (lisan, membaca dan menulis)