Refleksi Minggu 3
Dalam interaksi kuliah
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (BMM 3105) pada minggu 3, kami diminta encari dan memuat turun bahan
yang mengandungi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Berdasarkan
daripada aktiviti ini, saya dapat mempelajari tentang Garis
Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di
Agensi-agensi Kerajaan ini dirumus bagi memenuhi keperluan penggunaan,
langkah-langkah perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan Internet dan
e-mel yang terkawal dan perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat
diwujudkan. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat
seperti pencerobohan, kecurian dan pengubahsuaian data.
Selain itu, kami diminta untuk memindahkan maklumat yang terkandung dalam Garis Panduan tersebut ke dalam bentuk Power Point dan Brosur. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membina kemahiran bernilai tambah dalam diri kami sebagai bakal seorang pendidik khususnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Bilangan slaid Power Point dihadkan tidak lebih daripada 15 slaid sahaja.
Seterusnya, kami diminta untuk mengumpul dan memasukkan semua bahan dalam fail untuk tajuk 3.